Monday, November 8, 2010

< Motor Learning: Pertumbuhan Somatik (Pertumbuhan pascanatal) (Somatic growth) -Part 1>

Pertumbuhan Somatik (Pertumbuhan pascanatal)
(Somatic growth)



1 Pengukuran yang lazim digunakan dalam kajian pertumbuhan
• Satu set teknik piawai yang sistematik untuk pengukuran badan dan anggotanya adalah dikenali sebagai antropometri (anthropometry) di mana anthropo = manusia dan metry = pengukuran.
• Satu cara pengukuran bersifat kuantitatif ke atas saiz, perkadaran dan bentuk badan.
• Berat badan adalah pengukuran ke atas jisim badan.
• Ketinggian (stature) adalah pengukuran jarak linear dari lantai ke bahagian atas (puncak) tengkorak.




• Panjang berbaring (recumbent length) adalah ukuran panjang pada kanak-kanak berumur antara 2 – 3 tahun, dalam keadaan berbaring.

• Ketinggian berduduk (sitting height) adalah ketinggian semasa berduduk tegak yang diukur dari permukaan berduduk ke bahagian atas kepala.






• Ukuran lebar biacromial adalah ukuran jarak dari cuaran acromial skapula kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar bahu.
• Ukuran lebar bicristal adalah ukuran dari bahagian sisi lengkungan iliak kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar pinggul.
• Lebar bicondylar adalah ukuran dari tulang kondil (condyles) femur manakala ukuran lebar biepicondylar adalah ukuran yang melibatkan tulang humerus.




• Ukuran lilitan lengan lazimnya diukur dari titik pertengahan antara cuaran acromial dan olecranon (hujung siku).
• Ukuran lilitan betis adalah pada bahagian paling tebal semasa individu berdiri dan berat badan disebar dengan sekatanya.


• Ketebalan lapisan kulit adalah petunjuk lapisan lemak di bawah kulit (subcutaneous) dan boleh diukur dengan kaliper.
• Pengukuran ketebalan lapisan kulit lazimnya dilakukan di bahagian otot trisep dan subskapular.








• Ukuran lilitan kepala lazimnya dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak berumur 3 – 4 tahun sebagai petunjuk pertumbuhan otak.



• Indeks jisim badan (BMI) adalah ukuran yang menghubungkaitkan berat (kg) dan ketinggian (m).

No comments: