Friday, December 21, 2012

Assalamualaikum, hmmm, setelah berhari2 berfikir, perlukah ALONG teruskan kelas ekuin utk dapatkan sijil? Sebab kne korbankan cuti yg masih berbaki seminggu nh...fuh...cam x snggup je kn... Tapi demi kebaikan amsa depan, mungkin tak mengapa kot korbankan cuti untuk menuntut ilmu, kan kawan2? Jadi, ALONG pn buat keputusan akan ikut kelas ekuin tu nanti. kelas tu mula pada 25 Disember 2012 (terpikir gak Abg Li x cuti ke?). Harap2 ALONG lulus la ujian tu nanti ye...hehehe...c u MR. AMIN... Sebelum ke kelas tu, sempat jugak ALONG study gak skit2. Kt bawah ni ALONG de kongsi skit dengan kawan2 term2 yang berkaitan dengan bekuda ni ye...enjoy it k... walk – untuk imbang badan atas saddle sitting trot – untuk senaman bahagian atas badan dan untuk dapatkan imbangan masa canter rising trot – untuk senaman daripada kaki sampai otot belakang canter – gait ni kaki dah rehat cuma senaman bahagian pinggang dan ke atas Stable Merupakan kandang kuda yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan seperti permukaan lantai yang kasar, dinding dan pintu stabel yang kukuh, dan pengudaraan yang baik

Thursday, December 13, 2012

.: KURSUS PENGURUSAN SUKAN TAHAP 1 >MSN PULAU PINANG

Assalamualaikum wbt... Selamat bercuti kawan-kawan... Haaa...buat ape cuti2 ni? ALONG cuma nk kongsikan pengalaman mengikuti KURSUS PENGURUSAN SUKAN TAHAP 1. Kursus ini adalah kerjasama antara MSN Pulau Pinang dengan Majlis Sukan Negara. Terdapat beberapa topik yang terkandung dalam kursus ini yang perlu dipelajari sebelum menduduki ujian yang disediakan. Antaranya ialah: 1. PENGURUSAN SUKAN 2. FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN 3. PENGELOLAAN ACARA 4. PEMBENTUKAN SUKAN & ATLET 5. PEMASARAN SUKAN dan beberapa tajuk penting yang lain. Setiap tajuk akan disampaikan oleh beberapa orang penceramah daripada MSN yang sangat berpengalaman. Saat ALONG menulis blog ni, ALONG sebenarnya sedang mengaplikasikan kemahiran untuk menguasai tajuk APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PEMASARAN SUKAN yang merupakan tajuk terakhir dalam topik yang dibentangkan. Sesungguhnya ALONG mengharapkan manfaat yang dapat membantu ALONG mengharungi kerjaya di masa hadapan. Terima kasih IBU kerana memberi peluang ini...
Sekian... Wassalam...