Monday, November 8, 2010

< Motor Learning: Kebimbangan dan Tekanan >

Kebimbangan

Definisi
Kebimbangan merupakan suatu keadaan di mana wujud perasaan takut atau gementar atau merasakan alamat buruk terhadap sesuatu perkara yang berlaku atau yang akan berlaku, sama ada pada diri seseorang ataupun pada orang lain yang mempunyai pertalian atau kaitan dengan orang lain.

Freud membahagikan kebimbangan kepada tiga kategori seperti berikut:
1. Kebimbangan sebenar, iaitu ketakutan yang normal yang dihadapi oleh seseorang pada kedudukan dan suasana yang juga normal.
2. Kebimbangan neurotis, yang merupakan ketakutan terhadap hukuman bagi pencabulan atau pencerobohan atau penglibatan masa depan.
3. Kebimbangan moral, yang merupakan ketakutan pada sesuatu hukuman atau dendaan bagi kelakuan yang tidak diterima oleh masyarakat.

Dua jenis kebimbangan lain yang wujud daripada pelaksanaan atau perlakuan seseorang di dalam aktiviti sukan yang berkaitan dengan gerak balas atau tingkah laku ialah:
1. Kebimbangan kecerdasan
2. Kebimbangan kegagalan


Kesan dan Akibat Kebimbangan.

Dalam sukan, kebimbangan boleh mengakibatkan kesan yang tidak sihat sehingga dapat pula menggugat prestasi atau pencapaian seseorang. Kebimbangan yang serius boleh mengakibatkan gangguan fikiran dan jiwa, dan mampu pula berlaku breakdown. Kebimbangan boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu perlaksanaan perlakuan. Kebimbangan yang berlaku pada seseorang semasa bertanding akan memberi peluang kepada pihak lawan untuk mengambil kesempatan dan peluang untuk meraut kemenangan.


Mengatasi Kebimbangan.

Prinsip kepada setiap keadaan kebimbangan ialah menerusi perlakuan atau amalan yang betul serta diperkuatkan dengan sifat yakin pada diri sendiri.
Antaranya;
1. Menjalankan latihan dan penyesuaian dalam sukan yang dipilih sebelum bertanding.
2. Mempelajari juga bagaimana untuk melawan atau mengatasi setiap keadaan yang boleh mempengaruhi persembahannya dalam pertandingan sebenar.
3. Latihan kemahiran dan pembelajaran motor adalah cara paling berkesan bagi seseorang mengelakkan diri daripada keadaan kebimbangan.
4. Latihan yang bersistem mampu menghasilkan kejayaan yang diharapkan malahan pencapaiannya kadang-kadang jauh lebih baik daripada mereka yang tidak mengikut latihan atau tidak memandang berat akan latihan yang diajukan kepadanya.
5. Menanam semangat dan disiplin yang tinggi.


Teknik Mengurangkan kebimbangan.
Antara teknik psikologi yang boleh digunakan adalah;
1. Terapi pernafasan
Teknik: Menarik satu nafas yang panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dilakukan berulang kali sehingga berasa tenang atau releks

2. Pemusatan (centering)
Teknik: Menarik nafas yang panjang seperti terapi pernafasan serta menumpukan perhatian (pemusatan) kepada titik di belakang pusat dan di tengah badan kita. Dilakukan dalam keadaan berdiri pada kedudukan yang selesa.

3. Relaksasi
Teknik: Mengecut dan merelakskan otot secara progresif. Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring.

4. Visualisasi
Teknik: Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan individu apabila mereka berada dalam keadaan tertekan atau bimbang.


Tekanan.


Tekanan boleh ditakrifkan sebagai suatu pergerakan atau tindakan yang datangnya dari persekitaran ke atas individu. Tekanan juga dikatakan suatu keadaan yang tidak seimbang sementara pada fisiologi yang akan mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu, akibat daripada tekanan yang mengancam dirinya.


Tiga kategori tekanan;

1. Tekanan tugas (task stress)-cara individu menyesuaikan diri pada input yang keterlaluan atau yang berlebihan.
2. Tekanan persekitaran (environmental stress)-cara individu bertindak kepada tekanan persekitaran.
3. Tekanan yang optimum (optimal stress)-tekanan yang memandu seseorang untuk memilih hasil usaha yang cemerlang.


Kesan dan Cara Mengatasi Tekanan.


1. Menerusi latihan seseorang itu dapat mel;akukan sesuatu tugas dengan baik dan berkesan dibandingkan dengan mereka yang tidak mengikuti latihan.
2. Pendedahan yang berulang kali kepada tekanan mental dan emosi akan menyebabkan berlakunya penyesuaian dalam setengah-setengah gerak balas tekanan.
3. Pendedahan yang kronik (seperti pelaziman fizikal) ke atas tekanan selalunya mengakibatkan adaptasi ke atas tekanan tersebut.

1 comment:

nerasuan said...

gapo jenis kebimbangan lain..
bukan ke ade dua aje ke.. trait ngan state... mungkin sekadar penambahan.. bubuh le teori skali.. inverted U,zof,catastrophe,multidimensional,drive ngan reversal....